Followers

Tuesday, June 21, 2011

:: Best ke air berkarbonat(air gas)?? ::

Kali ni nak kongsi bab kesihatan sikit....

Yela, dalam kehidupan kita seharian, kesihatan kena jaga jugak...

Tambahan pula sekarang cuaca x menentu, kadang2 hujan kadang2 panas terik...

Jika berjalan semasa hari panas terik memang best kalau dapat minum air berkarbonat yang baru dikeluarkan dari peti sejuk kedai...

Masakan tidak best boleh minum air berkarbonat yang pelbagai jenama, coca-cola la, 100plus la, pepsi la, & many more....

Memang best la..

TAPI....
Adakah kita tahu, minuman berkarbonat ni boleh menyebabkan bahaya jika pengambilannya tidak dikawal...

Kalau jenama coca-cola, rakyat ISRAEL tidak dibenarkan minum malahan air tersebut tidak dijual di negara yang menjajah negara Palestin....

Boleh tengok hukum yang dibuat oleh ustaz Azhar Idrus kat bawah ni....



Menurut kajian, air coca-cola ni boleh menipiskan usus kerana tajamnya gas yang terdapat dalam kandungan air coca-cola...

Kandungan karbon dioksidalah yang menjadikan sesuatu jenis air itu jd bergas dan kerana itu jugak la ia dipanggil ber'KARBONAT'.... Akibat dari meminum air berkarbonat ini secara istiqomah (hehe.... secara selalu la) boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan kita antaranya :

    1.Obesiti berlebihan.
   
      Kajian dari Universiti of Texas mendapati bahawa minuman ini boleh meningkatkan risiko obesiti kira2   32.8% kerana kandungan gulanya tinggi.

 
    2.Kalori yang tidak berguna.
   
      Sebahagian besar minuman ini mengandungi 250 kalori per 600 milimeter. Malahan ia tidak mengandungi sebarang nutrisi @ mineral melainkan gula dan kafein.
 
    3.Ketagihan kafein.
     
       Pencipta air ini menggunakan daun koka dari Amerika Selatan sebagai perangsang dan buah kola yang mempunyai banyak kafein sebagai perasa.
 
    4.Peningkatan risiko penyakit jantung & diabetes.
     
       Menurut laporan oleh American Heart Association di circulation journal pada tahun 2007 menyatakan bahawa penggemar minuman berkarbonat yang mengambil minuman ini setiap hari meningkatkan sindrom metabolik, iaitu keadaan yang meningkat risiko penyakit jantung dan diabetes sebanyak 44%.
 
    5.Pengurangan sperma bagi lelaki.
     
       Hasil kajian di Denmark menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil satu liter @ lebih minuman ini setiap hari sudah cukup berbahaya untuk menghasilkan sperma yang sihat. 30% lelaki yang menjadikan minuman ini sebagai minuman harian akan menghadapi masalah ini...

Sebagaimana yang telah kita tahu, syarikat coca-cola juga menyumbang sebahagian keuntungannya kepada Israel Laknatullah. Sebagai muslim kita digalakkan untuk memboikot minuman berjenama @ keluaran dari syarikat coca-cola. Hikmah memboikot coca-cola juga boleh mengurangkan risiko merbahaya seperti yang telah dinyatakan di atas...

Sebagai kesimpulan dari perkongsian ini, kurang-kurangkanlah pengambilan air berkarbonat ini... Demi kesihatan bersama....

2 comments: